Sep 05
Sunday

menergy2

MINISTER OF ENERGY

Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Colonel (Rtd) Dato Seri Paduka
Awg. Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar


V
ISION

Sustainable Future Beyond Oil and Gas.

MISSION

Securing Power and Energy for the Nation.

Optimise Energy and Mineral Resources Contributions for Sustainable Development.

Energy Day Count Down

left until the event

E-mail Us

energy@jpm.gov.bn

Calender of Events

JANUARY 2010

5-7 January
Launching Ceremony of Energy Management Guide and OPening Ceremony of the Energy Management Course

21 January
Energy Saving Briefing at IPA

25 January
Tenaga Suria Brunei (TSB) Photovoltaic Panels Installation Ceremony


FEBRUARY 2010

6 February
Energy Saving Briefing for School Teahers at Ministry of Education (Secondary Schools)

10 February
Majlis Pelancaran Piawai Brunei Darussalam International Electro Technical Comission (PBD-IEC) bagi Peralatan Elektrik

11 February
Energy Saving Briefing at IPA

18 February
Energy Saving Briefing for School Teahers at Rimba II Primary School (Primary Schools)


MARCH 2010

13 March
Raising Awareness on Energy Saving through Earth Hour at IPA

20 March
Seminar "New Cable Colour Cable" at IPA

27 March
TECO Electrical Workshop


APRIL 2010

17 April
TECO Electrical Seminar at IPA

24 April
TECO Electrical Seminar (cont.) at IPA


MAY 2010

1 May
EEC Initiative Awards for Education Sector Briefing

20 May
Press Conference for 'Fuel Subsidy Campaign'

21 May
Khutbah Jumaat Hari Tenaga 2010

23 May
Majlis Membaca Surah Yaasin & Doa Selamat Sempena Hari Tenaga 2010

24 May
Energy Day 2010
eSaving SOS Campaign

26 May
Pertandingan Sketsa Hari Tenaga 2010

27 May
Energy Forum "Energy Efficiency in Transportation: An Integrated Solution"

29 May
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta
Di kawasan letak kereta Bangunan Bahirah & Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Elektrik


June 2010


6 June
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta di Daerah Belait

7 June
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta di Daerah Tutong

8 June
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta di Daerah Temburong

11 - 13 June
Perkemahan Tenaga 2010 di OGDC, Seria

12 June
Malam Sumbangsih Tenaga di RBA Golf Club

27 June
Acara Bikeathon Keluarga Hari Tenaga 2010


JULY 2010


1 July
Pameran National Environment Conference di Empire Hotel & Country Club

 

 

Majlis Meraikan 25 Tahun (Jubli Perak) Penubuhan Loji Penapisan BSP PDF Print E-mail
Written by Liyana Ramlee   
Monday, 18 May 2009 01:33

28 Februari 2009. Dewan Utama Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong.

SEMBAH ALU-ALUAN

YANG BERHORMAT
PEHIN ORANG KAYA SERI DEWA MEJAR JENERAL (B) DATO SERI PAHLAWAN AWANG HAJI MOHAMMAD BIN HAJI DAUD

MENTERI TENAGA (MINISTER OF ENERGY) DI JABATAN PERDANA MENTERI

SEMPENA
MAJLIS MERAIKAN 25 TAHUN (JUBLI PERAK)
PENUBUHAN LOJI PENAPISAN BSP
 (BSP REFINERY)

DI DEWAN UTAMA ROYAL BRUNEI POLO & RIDING CLUB, JERUDONG
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
HARI SABTU, 4 RABIULAWAL 1430/28 FEBRUARI 2009
7.45 MALAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bismillahir Rahmanir Rahim
Mengadap Kehadapan Majlis
Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahaman.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah


Beribu Ampun,
Dengan segala hormat dan penuh takzimnya, hamba Duli Tuanku mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah-Pengarah BSP/BLNG dan pengurusan Loji Penapisan BSP (Brunei Shell Refinery) serta pegawai-pegawai dan kakitangan Brunei LNG menyembahkan perasaan amat berbesar hati dan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya diatas keberangkatan Duli Tuanku berserta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri dan Adinda Duli Tuanku berangkat ke Majlis bagi meraikan 25 tahun (Jubli Perak) Penubuhan Loji Penapisan BSP (BSP Refinery) dan diatas limpah perkenan akan mengurniakan sabda dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan sijil penghargaan kepada Superintendents dan pegawai-pegawai HSE Brunei Shell Refinery.

 

Sesungguhnya keberangkatan Duli Tuanku ke Majlis malam ini sangat dinanti-nantikan dan tidak ternilai harganya kepada abis hamba Duli Tuanku semua yang akan sentiasa menjadi ristaan serta kenangan abadi disanubari abis hamba Duli Tuanku semua.  Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah kurnianya jua mengizinkan kita semua menghadiri Majlis pada malam ini dalam suasana aman damai dan sejahtera.

Beribu Ampun,

25 tahun yang lalu pada 17 Ogos 1984 adalah satu detik bersejarah dan signifikan bagi Brunei Shell Refinery di mana Duli Tuanku telah berangkat merasmikan Loji Penapisan Minyak ini.  Dalam tempoh masa tersebut Loji ini telah banyak mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan sama ada di peringkat serantau mahu pun antarabangsa.
Pada tahun 1983 Loji ini memulakan operasi Crude Distillation Unit yang mampu memproses 10 ribu tong minyak sehari khasnya bagi keperluan minyak diesel dan Jet-A1 (Aviation fuel). Pada tahun 2003, keupayaan pemprosesan Loji ini ditingkatkan kepada 12 ribu tong sehari untuk memenuhi permintaan pasaran dalam negeri.

Menyedari permintaan bahan tenaga khasnya penggunaan minyak gasolin yang semakin meningkat, Loji ini pada tahun 1993 telah memasang Reformer Unit yang mampu memproses 5 ribu tong minyak sehari. Keupayaan tambahan ini membolehkan Negara Brunei Darussalam berkemampuan dalam memproses bahan bakar bagi kegunaan kenderaan selain bahan bakar jenis diesel dan Jet-A1 (Aviation fuel). Aspek penjagaan alam sekitar turut diberi penekanan di mana pada tahun 2000 Loji ini telah mengeluarkan gred minyak Premium 97, Super 92 and Regular 85 tanpa plumbum.
Beribu Ampun,

Disembah maklumkan, Loji ini di bawah sistem pentadbiran keselamatan pengurusan Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG), Alhamdulillah sejak mula beroperasi, Brunei Shell Refinery tidak pernah mencatat sebarang kes kemalangan yang menjejaskan kelancaran operasi Loji ini. Loji ini diiktiraf di antara yang paling selamat di antara loji-loji pemprosesan lain di seluruh dunia. Pihak Brunei Shell Refinery juga diiktiraf dengan ISO 14001 Environmental Management System sejak bulan Februari tahun 2000, organisasi pertama yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam.  Selain itu, Brunei Shell Refinery turut diiktiraf dengan ISO 9001 Quality Management System sejak bulan April 1996 hingga sekarang.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada kerjasama padu dan komitmen tinggi yang berterusan diberikan serta diamalkan oleh semua peringkat kakitangan di Loji ini dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Beribu Ampun,

Dengan limpah perkenan Duli Tuanku, Majlis pada malam ini akan diserikan dengan pengurniaan sijil penghargaan kepada Superintendents dan pegawai-pegawai HSE Brunei Shell Refinery. Sememangnya, jasa dan bakti mereka begitu signifikan yang akan terus dikenang khasnya dalam memastikan Loji ini terus dalam keadaan selamat, terjamin dan baik.  

Beribu Ampun,

Sekali lagi hamba Duli Tuanku menjunjung kasih yang setinggi-tingginya diatas keberangkatan Duli Tuanku berserta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri dan Adinda Duli Tuanku ke majlis ini, dan diatas kesudian Duli Tuanku menyampaikan sabda dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan sijil penghargaan kepada Superintendents dan pegawai-pegawai HSE Brunei Shell Refinery.

Abis Hamba Duli Tuanku sekalian mendoakan agar Duli Tuanku serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri, Adinda Duli Tuanku dan seluruh kaum Kerabat Diraja akan sentiasa sihat walafiat, dilanjutkan usia serta sentiasa dibawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala dengan mendapat kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang memberikan bantuan, kerjasama dan sumbangan dengan ikhlasnya bagi menjayakan Majlis yang bermakna ini.

Semoga dengan berkat usaha dan amalan yang berkebajikan itu kita semua diberkati Allah Subahanahu Wa Ta’ala dan semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam pemeliharaan Allah, aman damai dan sejahtera.  Amin Ya Rabbiel Alamin.

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh
Hamba Duli Tuanku Menjunjung Anugeraha.

 
No of visitor:207274