Sep 05
Sunday

menergy2

MINISTER OF ENERGY

Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Colonel (Rtd) Dato Seri Paduka
Awg. Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar


V
ISION

Sustainable Future Beyond Oil and Gas.

MISSION

Securing Power and Energy for the Nation.

Optimise Energy and Mineral Resources Contributions for Sustainable Development.

Energy Day Count Down

left until the event

E-mail Us

energy@jpm.gov.bn

Calender of Events

JANUARY 2010

5-7 January
Launching Ceremony of Energy Management Guide and OPening Ceremony of the Energy Management Course

21 January
Energy Saving Briefing at IPA

25 January
Tenaga Suria Brunei (TSB) Photovoltaic Panels Installation Ceremony


FEBRUARY 2010

6 February
Energy Saving Briefing for School Teahers at Ministry of Education (Secondary Schools)

10 February
Majlis Pelancaran Piawai Brunei Darussalam International Electro Technical Comission (PBD-IEC) bagi Peralatan Elektrik

11 February
Energy Saving Briefing at IPA

18 February
Energy Saving Briefing for School Teahers at Rimba II Primary School (Primary Schools)


MARCH 2010

13 March
Raising Awareness on Energy Saving through Earth Hour at IPA

20 March
Seminar "New Cable Colour Cable" at IPA

27 March
TECO Electrical Workshop


APRIL 2010

17 April
TECO Electrical Seminar at IPA

24 April
TECO Electrical Seminar (cont.) at IPA


MAY 2010

1 May
EEC Initiative Awards for Education Sector Briefing

20 May
Press Conference for 'Fuel Subsidy Campaign'

21 May
Khutbah Jumaat Hari Tenaga 2010

23 May
Majlis Membaca Surah Yaasin & Doa Selamat Sempena Hari Tenaga 2010

24 May
Energy Day 2010
eSaving SOS Campaign

26 May
Pertandingan Sketsa Hari Tenaga 2010

27 May
Energy Forum "Energy Efficiency in Transportation: An Integrated Solution"

29 May
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta
Di kawasan letak kereta Bangunan Bahirah & Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Elektrik


June 2010


6 June
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta di Daerah Belait

7 June
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta di Daerah Tutong

8 June
Majlis Pengagihan Pelekat Cermin Kereta di Daerah Temburong

11 - 13 June
Perkemahan Tenaga 2010 di OGDC, Seria

12 June
Malam Sumbangsih Tenaga di RBA Golf Club

27 June
Acara Bikeathon Keluarga Hari Tenaga 2010


JULY 2010


1 July
Pameran National Environment Conference di Empire Hotel & Country Club

 

 

Majlis Penyampaian Bantuan Mikro Perniagaan PDF Print E-mail
Written by Liyana Ramlee   
Monday, 18 May 2009 01:39

11 Mac 2009. Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa.


DRAF UCAPAN TETAMU KEHORMAT

YB PEHIN DATO HAJI MOHAMMAD BIN HAJI DAUD
MENTERI TENAGA DI JABATAN PERDANA MENTERI

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MIKRO PERNIAGAAN
DEWAN MUZAKARAH, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

11 MAC 2009

 

 

 


Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji-pujian bagi Allah subahanahu wata’ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallullahu’ Alaihi Wasallam, keluarga dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia sehingga ke akhir zaman.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera

Good Morning

Yang Amat Mulia,
Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman Bin Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali,
Pengerusi Pihak Berkuasa Sungai Liang

His Excellency, 
William E. Todd,
Ambassador of the United States of America

Yang Mulia,
Dato Paduka Timothy Ong,
Pemangku Pengerusi Brunei Economic Development Board

Mr Ken Wisnoski
Vice President, Alcoa Inc. 

Mr Javed Ahmad
Acting Managing Director, BIBD

Yang Mulia,
Setiausaha-Setiausaha Tetap

dan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir dan berkumpul di “Business Micro Grant Award Ceremony” pada pagi ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih, kepada pihak BEDB kerana sudi menjemput saya sebagai Tetamu Kehormat di majlis ini.

Majlis pagi ini amat bermakna kepada saya, kerana ia adalah kesinambungan dari majlis pelancaran Program Kemahiran Belia, yang saya lancarkan pada 2hb Julai 2008 yang lalu. Di sini, saya melihatnya berkembang dari hanya sebatas “idea” menjadi satu realiti yang amat membanggakan.

Perkembangan positif para belia Negara Brunei Darussalam, dalam semua bidang terutama di bidang perniagaan selalu dekat di hati saya, oleh itu, saya menyokong semua inisiatif-inisiatif yang menyumbang kepada pembangunan para belia di Negara kita.

Di majlis ini, kita juga akan dapat menyaksikan satu sejarah bagi para penerima “Business Micro Grant” dalam permulaan langkah pertama mereka memasuki dunia perniagaan.

Adalah diharapkan, sejarah yang dilakarkan hari ini, akan dapat membantu para penerima bantuan untuk merealisasikan impian mereka dalam membangun perniagaan sendiri walaupun secara kecil-kecilan demi mencapai taraf kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.


Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Kita semua tahu yang kadar pengganguran di Negara kita terutama di kalangan belia adalah tinggi. Untuk mengatasi hal ini, komitmen kuat dari semua pihak samaada si pencari kerja, para majikan di sektor swasta dan juga masyarakat amnya adalah amat penting kerana sekarang bukan zamannya lagi untuk bergantung seratus-peratus kepada pihak Kerajaan terutama dalam bidang pekerjaan.

Inisiatif “Business Micro Grant” yang diusahakan bersama oleh Pihak BEDB, Pusat Pembangunan Belia (PPB) dan Alcoa Inc. ini, adalah salah satu contoh terbaik dalam menangani masalah pengangguran ini.

Penglibatan para penerima bantuan dalam membangun perniagaan mereka sendiri, sedikit sebanyak diharapkan akan dapat menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran dan ketergantungan terhadap kerajaan terutama dari segi pekerjaan.

Dan adalah juga diharapkan agar mereka akan dapat sama-sama menanai tanggungjawap untuk membantu Negara kita dalam mencapai matlamat “Wawasan 2035”, di mana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap untuk membangun ekonomi Negara yang lebih dinamik dan mapan di samping para rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang berkualiti tinggi dengan pendapatan per kapita di antara yang 10 tertinggi di dunia.


Sidang hadirin yang saya hormati,

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada pihak BEDB kerana telah giat melaksanakan semua aktibiti-aktibiti yang disusun di dalam Program Pembangunan Kemahiran Belia dengan jayanya yang akhirnya membawa kita berkumpul di pagi ini.

Dan saya juga dimaklumkan bahawa, pada pagi ini pihak Bank Islam Brunei Darussalam akan menyampaikan sumbangan mereka berupa bantuan kewangan kepada dana Micro Grant Scheme. Dengan adanya komitmen seperti ini sudah tentu akan lebih ramai lagi belia Negara kita dapat memperoleh manfaat dari skim bantuan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Islam Brunei Darussalam atas komitmen mereka dalam sama-sama memastikan pembangunan belia terutama di dalam bidang perniagaan.

Dan bagi Pusat Pembangunan Belia, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus-menerus berusaha dalam melatih dan membentuk semua pelajar yang menuntut di Pusat Pembangunan Belia termasuk para penerima “Bantuan Mikro Perniagaan” hari ini untuk menjadi warga Negara Brunei Darussalam yang lebih berkualiti dan mandiri.

Akhirnya, saya dengan penuh tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bakal penerima “Bantuan Mikro Perniagaan” pada hari ini dan juga penghargaan kepada setiap pihak yang telah terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam mengusahakan Program Pembangunan Kemahiran Belia dan juga menjayakan majlis yang penuh bersejarah ini.

Saya berdoa agar perniagaan-perniagaan kecil yang akan diusahakan melalui “Bantuan Mikro Perniagaan” ini akan berjalan dengan lancar dan menepati hasrat yang sama-sama kita harapkan.


Wabillahittaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


And ladies and gentlemen,

And it is my great pleasure to be here today, to be part of this important event.

This event is an example, where through the full support and commitment of the relevant parties i.e. government, private sector and potential investor, we have been able to transform a brilliant idea into a very meaningful reality.

I sincerely hope that all the grant recipients will be able to fully utilize this opportunity to take their initial step towards building their businesses.

As the Chinese Proverb goes “A journey of a thousand miles begins with a single step” or in Malay “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah”


Ladies and gentlemen,

With the rising rate of unemployment in Brunei especially among the youth, it is time for us to realize that we can no longer rely on government employment. Each and every one of us has a role to play in managing this pressing issue.

I really believe that this Business Micro Grant initiative is one of the best examples on how we can tackle this issue. Through this initiative several groups have come together in an effort to help the government minimize the unemployment problem.


I hope through the Business Micro Grant initiative, the recipient will be able to contribute no matter how small, towards the government aspiration of Vision 2035, which seeks to build a dynamic and sustainable economy with a quality of life and per capita income amongst the top ten in the world”.


Ladies and gentlemen,

Now, I would like to express my sincere gratitude to all the parties who made this event a reality.

Secondly, I would like to express my heartfelt appreciation to Alcoa Inc. through Alcoa Foundation for their generous financial commitment to fund the Micro Grant Scheme, whereby part of the contributions will be awarded to the respective recipients this morning.

Lastly, I would like to congratulate all the recipients of the Business Micro Grant and also to extend my sincere appreciation to all parties who contribute to the success of the Youth Skills Development Program and also to success of this event.

I sincerely hope that all the small businesses, which will be developed through the Business Micro Grant, will be successful and will be able to fulfill our aspiration.

 

 
No of visitor:207277