Jawapan:
A. PENGGUNAAN TENAGA HIJAU Mengenai dengan langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan tenaga hijau, Kementerian Tenaga sedang melaksanakan aktiviti rintis di Daerah Temburong, iaitu inisiatif Solar Rooftop. Ini merupakan projek perintis yang akan menjana tenaga elektrik melalui sistem tenaga suria, dan akan di tempatkan di atas bumbung Bangunan Perniagaan Bumiputra, Pekan Bangar, Daerah Temburong. Projek ini adalah juga salah sebuah projek yang mendukung inisiatif Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT) untuk melangkah ke arah menjadikan Daerah Temburong sebagai Eco District sambil meneroka tenaga hijau dan ianya telah dianugerahkan kepada syarikat tempatan. إّنْ شَاءَ اللُّ , projek ini akan siap dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Bagi projek solar yang berskala sederhana di Daerah Temburong pula, kajian awal feasibility sudah selesai dilaksanakan. Akan tetapi, penilaian terperinci mengenai kesesuaiannya masih diperlukan, yang juga harus mengambil kira kesan kepada reliability dan security bekalan tenaga elektrik di daerah berkenaan. Turut memerlukan penelitian lanjut ialah kos operasi dan pemeliharaan bagi jangka masa panjang. Kementerian Tenaga melalui Rancangan Kemajuan Negara Ke 11, إّنْ شَاءَ اللُّ akan melaksanakan projek pemasangan talian sistem penghantaran voltan tinggi yang akan menghubung Daerah Brunei dan Muara dengan Dearah Temburong. Dengan adanya talian berkenaan, ianya akan membolehkan penyaluran tenaga hijau yang dijana oleh Tenaga Suria di mana saja di negara ini bagi pembekalan ke Daerah Temburong. Dari sudut penjimatan, sekitar $13 juta setahun pengurangan perbelanjaan pihak kerajaan akan dapat diraih melalui pemberhentian sepenuhnya operasi stesen Janakuasa Diesel Belingus di Temburong.
Ke arah meningkatkan kemajuan tenaga hijau juga, Projek Tenaga Suria berskala 30 MegaWatts di kawasan seluas 37.4 hektar bekas tempat pelupusan sisa buangan di Kampung Belimbing, Subok, telah dicadangkan untuk dibina. Projek ini berperanan sebagai pendahulu bagi merealisasikan aspirasi untuk melangkah ke hadapan pada mencapai 100 MegaWatts sumbangan tenaga yang boleh diperbaharui pada tahun 2025, dan seterusnya 300 MegaWatts menjelang tahun 2035. Seperti lazimnya, projek ini akan dilaksanakan dengan menitikberatkan penglibatan perniagaan tempatan, memaksimakan In-Country Value iaitu penggunaan barangan, perkhidmatan dan pekerja tempatan, serta didukung oleh Pelabur Langsung Asing sebagai pakar teknikal yang berpengalaman. إّنْ شَاءَ اللّٰ dokumen bidaan (bidding) akan dikeluarkan di masa yang terdekat bagi membolehkan pembinaannya bermula pada awal tahun 2021.
Limpah kesan jangka panjang bagi projek ini akan diunjurkan akan menjimatkan kerajaan sekitar 900 ribu million British Thermal Units (MMBtu) gas asli setahun, yang memberikan peluang kepada negara untuk memaksimumkan eksport bagi menjana pendapatan yang lebih melalui penjualan gas asli bernilai sekitar $3 juta setiap tahun berpandukan kadar purata eksport pasaran LNG USD 9 setiap MMBtu atau disalurkan kepada industri-industri hiliran minyak dan gas untuk mengeluarkan produk value-added.
Di samping itu, ianya dijangka menyumbang kepada pengurangan perlepasan karbon sekitar 46 ribu tan setahun, bersamaan dengan 0.8% pengurangan dari jumlah keseluruhan perlepasan karbon dari sistem jana kuasa elektrik negara ketika ini, atau penyerapan karbon melalui 7 ribu hektar hutan setahun.
B. RESEARCH & DEVELOPMENT BERKAITAN DENGAN PERUBAHAN IKLIM Dengan kerjasama Majlis Penyelidikan Brunei atau Brunei Research Council, dana yang disediakan untuk institut-institut dan badan-badan penyelidikan, dari sektor akademik, awam dan swasta untuk menjalankan projek-projek research and development kini merangkumi lima (5) kluster tumpuan mengikut beberapa bidang yang dihasratkan untuk menjayakan Wawasan Brunei 2035 serta kemajuan negara.
Salah satu daripadanya adalah kluster Alam Sekitar dan Perkembangan Lestari (Environment and Sustainable Development). Kluster ini turut merangkumi hal ehwal perubahan iklim dan maklumat lanjut dapat dipohonkan dari pihak Majlis Penyelidikan Brunei.