Jawapan:
Menurut Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim iaitu Brunei National Climate Change Policy yang telah dilancarkan pada tahun 2020, salah satu strategi yang digariskan untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor industri ialah melalui zero rountine flaring as low as reasonably practicable menjelang tahun 2035.
Kementerian Tenaga akan bekerjasama dengan kesemua pengendali minyak dan gas untuk menyokong strategi ini. Penggunaan fossil fuel seperti minyak gas dan arang batu bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik dan pengangkutan telah berjaya membuat perubahan kepada kepesatan dan kemajuan ekonomi-eknomi dunia termasuk Negara Brunei Darussalam. Ianya juga telah menaikkan taraf gaya hidup penduduk dunia walaupun penggunaan fossil fuel ini memberi kesan sampingan kepada bertambahnya pelepasan karbon dan seterusnya dipercayai menjadi punca utama kepada kenaikan suhu dunia.
Negara-negara dunia sudah lama giat meneroka tenaga alternatif antaranya tenaga nuklear, hidroelektrik dan sejak kebelakangan ini, tertumpu kepada kuasa solar dan angin dengan penghasilan tenaga dan sumbangan dalam profil tenaga keselamatannya dipertikaikan terus meningkat. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran tenaga dari kuasa solar dan angin jika dibandingkan dengan fossil fuel adalah masih rendah.
Oleh yang demikian, adalah dijangka bahawa penggunaan fossil fuel sebagai bahan bakar bagi penghasilan tenaga akan masih menjadi pilihan utama di tahun mendatang dan seterusnya tidak akan menjejaskan kepada pengeluaran minyak dan gas negara.
Dalam menangani isu pengeluaran karbon dan dalam mendokong Paris Agreement untuk menghadkan peningkatan suhu maksima kepada 2 darjah Celsius, langkah-langkah yang diambil adalah bukan sahaja meningkatkan penggunaan renewable energy malah juga penggunaan gas asli sebagai transition energy. Gas asli adalah sumber utama tenaga yang lebih bersih dan pengeluaran karbon nya jauh kurang jika dibandingkan dengan arang batu atau minyak. Kita mestilah berbangga kerana Negara Brunei Darussalam merupakan negara pelopor ataupun pioneer dalam pemprosesan dan penghantaran gas asli melalui LNG sejak tahun 1971. Sektor LNG dijangka akan berkembang pesat pada masa depan untuk memenuhi permintaan ekonomi-ekonomi dunia. Langkah-langkah lain dalam mendokong Paris Agreement telah digariskan sebagai 10 strategi utama dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, termasuk dari segi menggalakkan penggunaan electric vehicles, penanaman pokok, peningkatan serta pencekapan dari penjanaan pembekalan dan penggunaan kuasa dan sebagainya.