Jawapan:
Sebuah kumpulan kerja Joint HSE Monitoring Programme (JMP) telah ditubuhkan pada bulan March 2020 yang dipengerusikan oleh Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam bagi memantau secara kolektif isu-isu keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (HSE) yang berkaitan dengan operasi loji penapis minyak dan petrokimia PMB melalui beberapa program dan pelan pemantauan bersama yang disediakan. Ahli-ahli JMP ini adalah termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), Autoriti Elektrik, Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BFRD), Autoriti Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD), Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BCCS), Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Darussalam Enterprise (DARe). Mesyuarat JMP juga adalah satu platform di mana agensi-agensi tersebut dapat berkongsi sumber tenaga dan kepakaran serta berkerjasama untuk menangani pelbagai cabaran yang timbul.
Pada masa ini, Syarikat Hengyi adalah dalam proses melaksanakan kerja-kerja Dredging & Reclamation. Bagi memastikan bahawa aktiviti ini tidak mencemari perairan berhampiran Pulau Muara Besar terutama di Kawasan Tapak Industri Ternakan Ikan yang berkemungkinan menjejaskan operasi penternak ikan, Syarikat Hengyi telah menghadapkan Environmental Impact Assessment (EIA) beserta Environmental Monitoring and Management Plan (EMMP) bagi infrastruktur pesisir pantai kepada pihak JASTRE. Pemantauan berdasarkan EIA dan EMMP ini disemak oleh Dredging & Reclaimation Working Group dan Aquaculture taskforce secara berterusan selagi kerja-kerja Dredging & Reclamation masih dalam perlaksanaan.
Kementerian Tenaga dan Aurtoriti Petroleum akan sentiasa berkerjasama rapat untuk memastikan tidak ada impak yang negatif terhadap alam persekitaran di dalam apa sahaja projek industri minyak dan gas.
Selain itu, loji ini direkabentuk mengikut piawaian industri antarabangsa dan had pelepasannya adalah ditetapkan di bawah paras had World Bank IFC (International Finance Cooperation). Loji ini juga akan memantau pelepasan melalui system ‘Air Quality Monitoring’ yang dipasang di Pulau Muara Besar dan Kawasan Muara. Pelepasan ini akan diawasi oleh pihak JASTRe. Hengyi juga mempunyai Tier 2 Oil Spill Response Plan (Pelan Pengawalan Tumpahan Minyak) yang menepati keperluan National Oil Spill Contingency Plan (NOSCOP) dan beberapa latihan kecemasan telah dijalankan bagi memastikan kecekapan dan ketersediaan pihak Syarikat Hengyi termasuk latihan bertahap Tier 3 di mana telah melibatkan National Disaster Management Committee (NDMC) dan agensi-agensi yang berkepentingan. Table-top exercise Tier 3 telah berjaya dijalankan pada 12-13 Januari 2021.
Untuk Soalan ke-dua,
Pihak Kementerian Tenaga telahpun mengambil langkah proaktif bagi menubuhkan Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team, CMT) sejak Januari 2020 yang terdiri dari agensi-agensi yang berkepentingan yang bertanggungjawab antaralain memastikan sebarang impak daripada pandemik COVID-19 dapat dipantau dan tidak memberi impak yang besar kepada operasi pengendali-pengendali, termasuk Syarikat Hengyi di Pulau Muara Besar. Alhamdulillah setakat ini operasi loji tidak terjejas dengan situasi pandemik ini.
Di samping itu juga, kesemua operator adalah dimestikan untuk mempunyai Standard Operating Procedure (SoP) mengenai langkah-langkah pencegahan berdasarkan Garispanduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan apa sahaja situasi adalah dalam keadaan terkawal.
Kementerian Tenaga juga telah menubuhkan Pasukan Tindakan bagi menangani wabak COVID-19, di mana ahli-ahli di dalam pasukan ini adalah terdiri dari wakil-wakil dari Kementerian Tenaga, Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA), dan Safety, Healthy, Environment National Authority (SHENA), yang berperanan untuk memastikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kritikal adalah tidak terjejas.
Pasukan Tindakan COVID-19 (Taskforce) ini juga telah menyediakan satu garispanduan bertajuk “Notice to Industry (NTI) on COVID-19 dalam sama-sama menangani dan mengurangkan kesan impak terhadap aktiviti operasi minyak dan gas di sektor tenaga. Fokus-fokus utama NTI tersebut adalah untuk memberikan garispandu bagi pekerja-pekerja penting (essential workers) di tempat-tempat kerja yang dikategorikan kritikal (Critical Assets) dalam memastikan kesinambungan dan kestabilan operasi. Pasukan Tindakan ini akan sentiasa memantau situasi COVID-19 dalam sektor tenaga bagi memastikan kesan atau impak kepada pengeluaran di industri huluan dan hiliran adalah di tahap minimum, termasuk operasi di loji penapisan minyak dan petrokimia di Pulau Muara Besar.
Untuk makluman juga, pada ketika ini Syarikat Hengyi masih lagi beroperasi menurut Business Continuity Plan (BCP) yang berpandukan kepada Notices to Industry Satu dan Dua (NTI No. 1 dan 2) yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga. Langkah ini dijalankan bagi memastikan bahawa Syarikat Hengyi masih boleh terus beroperasi dengan selamat dan hanya tenaga kerja yang essential dan kritikal dibenarkan di tapak loji Syarikat.
Menyentuh kepada jumlah tenaga kerja tempatan, pada masa ini seramai 107 orang tenaga kerja tempatan yang essential dan kritikal bekerja di tapak loji Syarikat Hengyi secara putaran (atau rotation basis). Tenaga kerja tempatan tersebut adalah dikehendaki untuk menetap secara sementara di tempat kediaman yang dikhaskan oleh Syarikat Hengyi bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID19. Sukacita juga dikongsikan, pihak Syarikat Hengyi telah menghulurkan Hardship Allowance kepada pekerja-pekerja tempatan yang terbabit. Tempoh rotation adalah dalam jangka masa satu bulan. Walaubagaimanapun, jika pekerja tempatan berhasrat untuk melebihi tempoh rotation tersebut secara sukarela, pihak Syarikat juga tidak ada halangan terhadapnya. Sebarang rintihan dari pekerja tempatan akan ditangani dan dirundingkan bersama di antara Kementerian Tenaga dan pihak-pihak yang berkepentingan sepertimana lazimnya.
Di kesempatan ini jua, sukacita saya ingin merakam terima kasih di atas komitmen and sokongan semua warga tenaga kerja khususnya warga kerja tempatan dalam industri tenaga lancar dan selamat semasa tempoh penularan wabak COVID19 setakat ini.